Pisces Man

September 29, 2010

~In The Name Of ALLaH~

SubhanaLLah..
ALhamduLiLLah..
LaaIlahaiLaLLaH..
ALLaHuaKhBar..
{sama-sama kita berzikir}

Berlalu masa.. kita melalui saat-saat keremajaan.. selepas itu masuk pula ke alam kedewasaan.. Alhamdulillah.. nampaknya Allah memberi kita peluang untuk hidup hingga ke tahap umur yang kita miliki hari ini.. Bercakap tentang dewasa.. pasti kita akan dihamburkan dengan persoalan..

"Ko da ade pakwe..?"

jika soalan ini mudah untuk ana menjawabnya.... ' ana tidak mendambakan "pakwe" dalam usia hidup yang tersisa ini.. cukuplah pengalaman lepas mengajar erti Cinta Buta..Hanya cinta Rabb yang didamba..' No couple2 before nikah !!

Kalian pula bagaimana..? pasti ada jawapan tersendiri..




dan ana percaya pasti ada yang menjawab ' susah la nak cari lelaki baik sekarang..sume hampeh.'


Jika ditanya .. "Bila nak kahwin..??"

ini soalan berat..~_^..kemungkinan-kemungkinan jawapan ialah..

"Belum sampai seru.."
"Belum ada jodoh.."
"Susah Lah nak cari laki baik sekarang..."

Betul ke susah nak cari laki baik dah zaman ni??? Jika diperhatikan dengan mata kasar, memang susah nak cari lelaki baik zaman sekarang.. tengok la bagaimana remaja lelaki kita.. terlibat dengan pelbagai keruntuhan moral dan jenayah, Mat Rempit.. Hisap dadah.. kaki Lepak.. Kebanyakan remaja Melayu Islam..!! Yang memenuhi Pusat Serenti remaja lelaki Melayu juga..
di Universiti ?? majoriti perempuan.. lelaki ada tapi tak ramai..

mungkin disebabkan ini ada pihak yang mengatakan susah nak cari laki baik sekarang..

Lelaki baik bukanlah lelaki yang semata-mata alim berkopiah.. berjanggut, berserban.. berjubah.. yang selalu hadir ke masjid..pandai berhujah agama, siap dalil2 disetiap hujah.. rajin sembahyang dan segalanya nampak baik di mata kita..
kadang2 ada udang disebalik mee Hon tom yam..!
nampak luar baik..berkilat..
tapi dalam karat..

ini juga faktor perempuan mengata "susah nak cari laki baik sekarang".. sebab yang alim pun, alim2 kucing..

apapun.. pada pandangan ana.. Lelaki yang baik adalah lelaki yang menjaga akhlak.. Kalo sembahyang je tak cukup.. itu kemestian, tapi bukan penentu lelaki yang baik.. Kerana sembahyang yang tidak khusyuk dan lalai tidak akan melahirkan insan yang soleh.. insan soleh adalah yang boleh memperbaiki akhlaknya dengan sembahyang..
lelaki soleh juga tak semestinya ustaz.. lelaki yang bukan ustaz, tetapi berakhlak juga adalah lelaki baik..

bagaimana lelaki yang menjaga akhlak...??


Lelaki soleh takkan ajak perempuan 'couple'
Lelaki baik tak suka dating2..
Lelaki baik tak suka SMS2
Lelaki soleh tak suka b'gayut' ..bercakap yg penting2 ja..
Lelaki soleh takkan mahu menjalinkan hubungan cinta dengan mana2 perempuan yang tidak halal baginya..
Lelaki soleh tak bergaul bebas ngan perempaun..
Lelaki soleh beusaha mengelakkan zina hati..
lelaki soleh boleh menahan rasa cintanya kepada seorang perempuan, dan meluahkan apabila perempuan itu sudah halal menjadi isterinya..
Lelaki soleh selalu memohon kepada Allah supaya bertemu dengan wanita solehah..
itu lah lelaki yang soleh..

lelaki soleh ni lah susah nak cari...

Pernah seorang sahabat ana berkata.. Jangan bersedih kalo belum bertemu lelaki soleh.. jika kita belum bertemu lelaki soleh, bermakna diri kita belum cukup solehah.. jika ingin bertemu dengan lelaki soleh, solehahkan dulu diri.. kerana lelaki soleh berdoa untuk bertemu dengan perempuan solehah.. sedangkan diri kita tidak solehah, bagaimana mungkin kita bertemu dengan lelaki soleh itu..

bagi ana ada benarnya juga kata-kata itu.. Kalian jangan risau kerana masih ada lelaki yang baik pada zaman ini.. sebenarnya lelaki pun pasti mempersoalkan perkara yang sama.. "susah nak cari perempuan yang baik zaman sekarang.."

jadinya..
sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..

* renungan buat diri ana sendiri.. juga buat sahabat sekalian.. ^_^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar